Kepulauan Falkland
Kepulauan Falkland

Kepulauan Falkland

Kepulauan Falkland (Bahasa Sepanyol: Islas Malvinas[2]) ialah sebuah kepulauan di selatan Lautan Atlantik, yang terletak 480 km dari persisiran pantai Argentina, 1,080 km di barat Pulau Shag, Georgia Selatan, dan 940 km di utara Wilayah Antartika British (yang bertindih dengan kawasan Antartika yang dituntut oleh Argentina dan Chile). Kepulauan terpencil ini terdiri daripada dua pulau utama, iaitu Pulau Barat dan Pulau Timur, dan 776 pulau kecil yang lain.[3] Stanley, yang terletak di Pulau Timur, ialah ibu negaranya. Kepulauan ini ialah sebuah Wilayah Luar Negeri British yang mempunyai pemerintahan sendiri tetapi dituntut oleh Argentina sejak penubuhan semula pemerintahan British pada tahun 1833.[4]Dalam usaha memenuhi tuntutan ini pada tahun 1982, kepulauan ini ditakluki Argentina yang mencetuskan Perang Falkland selama dua bulan di antara Argentina dan United Kingdom. Di dalam perang yang tidak diisytiharkan itu, tentera Argentina menerima kekalahan dan terpaksa berundur. Sejak peperangan itu, kegiatan ekonomi seperti perikanan dan pelancongan berkembang pesat. Penduduk kepulauan ini diberikan kewarganegaraan penuh British (sejak Akta Kerakyatan British (Kepulauan Falkland) 1983) dan di bawah undang-undang Argentina pula layak menerima kerakyatannya juga.[perlu rujukan] Namun begitu, penduduk pulau ini menolak kedaulatan Argentina.[5] Ramai penduduknya berasal daripada peneroka-peneroka berketurunan Scotland yang berhijrah ke pulau ini pada awal abad ke-19.

Kepulauan Falkland

Ibu kota Stanley
Zon masa UTC-4
Pemerintahan Wilayah Seberang Laut British
• Per kapita AS$25,000 (ang. 2002) (tiada)
• Kepadatan 0.25/km2 (0.6/sq mi) (ke-240)
• Anggaran Julai 2005 3,060 (ke-226)
• Ketua Eksekutif Keith Padgett[1]
Kod panggilan 500
• Total AS$75 juta (ke-223)
Bahasa rasmi Bahasa Inggeris
KDNK (PPP) Anggaran 2005 
• Ketua negara Ratu Elizabeth II
Mata wang Paun Kepulauan Falkland1 (FKP)
• Air (%) 0
• Jumlah 12,200 km2 (4,700 bt2) (ke-162)
Internet TLD .fk
• Gabenor Nigel Haywood
• Musim panas (DST) UTC-3
• Hari Pembebasan 14 Jun 1982

Rujukan

WikiPedia: Kepulauan Falkland http://www.cema.edu.ar/ceieg/arg-rree/historia_ind... http://www.cancilleria.gov.ar/portal/seree/malvina... http://www.austlii.com/au/journals/AUYrBkIntLaw//1... http://www.wordreference.com/es/translation.asp?tr... http://www.falklands.gov.fk/location.php http://www.falklands.gov.fk/news-2007.php http://web.archive.org/web/20080419000531/http://w... http://www.falklandshistory.org/gettingitright.pdf http://www.falklandshistory.org/spanish4.pdf http://www.fco.gov.uk/en/about-the-fco/country-pro...